
Mesti korang pernah dengarkan ayat macam tajuk dekat atas tu kan? Itu perkara biasa yang akan kita dengar bila claim insurans tidak dapat diluluskan. Perasaan marah sedih sampai nak pukul orang pun ada kan? Lebih lagi apabila kita sudah bayar insurans berbulan bulan malah ada yang bertahun tapi bila nak claim semua tak boleh. Kadang kadang kita akan marah dekat ejen. Masa nak buat sales mulut bukan main manis sampai semut pun hinggap kat bibir tapi bila nak claim itu tak boleh ini tak boleh. Stress!! Mesti korang pikir macamni kan? Lantas terus timbul stigma insurans tu menipu. Sampaikan ada kawan atau saudara mara kita nak beli insurans pun kita tak galakkan. Betul?
Insurans tak pernah menipu. Sebab setiap takaful operator dekat Malaysia ni adalah dibawah kuasa Bank Negara Malaysia. Kod ejen pun dikawal oleh mereka. Takkan Bank Negara nak scam orang?
Sebelum kecaman dan kekeliruan terus ditabur, meh saya jelaskan kenapa claim insurans korang ditolak dalam bahasa yang mudah difahami oleh rakyat jelata.
1. Tiada pengesahan atau declaration semasa mendaftar.

Benda ni selalu terjadi. Maksudnya dekat sini masa korang daftar insurans korang tak bagitahu dekat ejen korang yang sebelum ni korang ada sejarah penyakit atau kemalangan. Then masa nak claim pihak insurans siasat rupa rupanya sebelum ni korang da pernah warded beberapa kali. Hayooo..Let me clarify this. Insurans hanya layak kepada mereka yang sihat sahaja!! Itu adalah syarat utama dalam jual beli insurans. Kalau insurans boleh dijual kepada mereka yang sudah berpenyakit, lebih baik ejen korang promote je dekat setiap pesakit di ward hospital kerajaan. Senang kan? So walaupun sekecil mana pun sejarah penyakit atau perubatan korang sila lah declare diborang kaji selidik supaya senang dikemudian hari. Disini, pihak operator takaful akan minta beberapa document sokongan. Maka, kalau korang ada resit atau record hospital ke terus je bagi copy dan ejen korang akan cuba yang terbaik. Ok?
2. Penggunaan tempoh matang atau tempoh menunggu.

Setiap kad insurans mempunyai tempoh matang sendiri. Selalunya selepas 90 hari baru boleh claim untuk penyakit ringan. Kenapa kena ada tempoh matang? Tempoh matang digunakan untuk membuktikan yang sebelum korang daftar insurans korang tiada apa apa sejarah penyakit.. Contoh, korang baru daftar insurans baru 90 hari dan terus nak claim untuk penyakit kencing manis, secara automatik pihak insurans akan tolak pemohonan korang kerana minima 2 tahun diperlukan untuk mengesan penyakit kritikal. Ataupun pihak operator takaful akan membuat siasatan keatas rekod perubatan korang. Jika tiada sebarang record perubatan sebelum mendaftar insurans, pemohonan untuk claim insurans mungkin akan diluluskan tetapi haruslah pay and claim jika polisi insurans korang belum melebihi 2 tahun. Pastikan tempoh matang atau tempoh menunggu korang cukup sebelum menggunakan kad insurans. Sila rujuk ejen anda untuk tempoh matang bagi setiap peringkat penyakit yerr.
3. Penggunaan had tahunan atau seumur hidup melebihi had.

Setiap had penggunaan pakej insurans yang ditawarkan oleh operator takaful adalah berbeza. Bermula dari Rm50,000 hingga ke Rm1 juta setahun. Terdapat juga operator takaful yang menawarkan penggunaan sehingga Rm1 juta untuk seumur hidup. Had penggunaan tahunan atau seumur hidup adalah jumlah kos rawatan yang boleh korang gunakan dalam tempoh tertentu. Sekiranya korang sudah melebihi had penggunaan, baki kos rawatan haruslah dibayar oleh pihak korang sendiri.
Sebagai contoh, had tahunan korang adalah RM150k, dalam tahun yang sama penggunaan untuk rawatan adalah RM160k. Maka, jumlah lebihan RM10k perlu dijelaskan oleh korang sendiri. Mana yang lagi bagus had tahunan atau had seumur hidup? Saya lebih sarankan had tahunan kerana had tahunan boleh diperbaharui setiap tahun dan tiada had. Sila rujuk ejen korang mengenai had penggunaan insurans semasa mendaftar yer.
4. Perkara yang dikecualikan.


Ada juga perkara yang dikecualikan untuk menggunakan kad insurans korang seperti tuntutan yang berkaitan dengan bersalin atau melahirkan. Ini termasuklah komplikasi ketika mengandung ataupun keguguran bayi. Ini adalah pengecualian umum. Tiada insurans yang akan cover ketika bersalin kecuali polisi korang ada perlindungan khas. Selain itu penyakit atau kemalangan yang disebabkan pengambilan alkohol berlebihan juga tidak akan dicover ya tuan tuan. Jadi kesimpulannya, kawal pengambilan alkohol anda ( untuk non muslim sahaja) dan jangan sesekali memandu ketika mabuk.
5. Bayaran tertunggak atau lapsed.

Beberapa harini kita dengar yang pihak tertentu mengecop operator takaful sebagai menipu kerana tidak dapat claim kos rawatan sehingga viral yer tuan tuan. Setelah dikaji selidik, rupa rupanya bayaran bulanan takaful beliau telah tertunggak selama 6 bulan. Situasi ini memerlukan kesabaran setinggi Everest untuk setiap ejen takaful diseluruh dunia.
Premium bulanan insurans tak bayar tapi nak claim dekat hospital swasta. Apa kamu sudah bosan dengan kehidupan kamu didunia ini? Harap maklum!! Polisi korang tidak akan aktif sekiranya tiada bayaran dibuat. Jadi tiada sebarang claim boleh dituntut. Sekiranya korang tidak membuat bayaran selama tempoh tertentu, polisi korang berkemungkinan akan lapsed (mati) dan untuk aktifkan kembali, kena tunggu tempoh matang baru boleh guna kad insurans tu semula. So perkara ni akan merumitkan dan memeningkan korang. Lagi satu, pastikan korang tak lambat bayar caruman bulanan korang untuk memudahkan claim korang. Ini kerana, mengambil masa beberapa hari untuk bayaran korang di sahkan dalam system (bergantung kepada cara bayaran). Pastikan no telefon boleh dihubungi oleh ejen kerana adalah tugas mereka untuk mengingatkan korang soal bayaran. Ok?
Kesimpulannya, sila pastikan yang korang jelas dan faham ketika membeli insurans. Jangan main angguk je lepastu terus sign. Semak polisi insurans korang. Sekiranya ada yang kurang jelas, korang boleh refer kepada ejen korang atau takaful operator. Korang berhak membuat survey untuk memilih operator takaful yang terbaik dan sesuai dengan bajet. Tapi janganlah survey lama sangat sampai penyakit datang dulu. Itu takdapatlaa saya nak tolong. Hehe. Pastikan sign up insurans dengan ejen yang berdaftar. Daftar insurans secepatnya sementara korang masih layak. Akhir kata, Insurans adalah keperluan tapi jangan dijadikan bebanan.
Terima kasih.
Norfathehah binti Bahri
AIA Public Takaful Full Time Life Planner.
JB KJ Itqan Empire.
No comments:
Post a Comment